setelah sekian lama blog ini menyepi,.....uhuhhuh
Angin bayu berlalu pergi,
aku di sini terus menanti,
perginya angin tanpa tujuan,
bagai si dedaun yang ditampar lembut,
terus mencari teman untuk mengadu.
Aku bukanlah seorang yang hebat,
seperti tsunami yang menggegar Banda Acheh,
aku juga bukan teguh,
seperti Masjid Al-Aqsa,
yang hingga kini terus ingin ditawan,
aku bukan gagah,
bagai taufan Katrina yang menumpaskan,
benteng kekuatan Bush,
kerana…
aku seorang yang lemah,
masih memerlukan teman,
seperti Adam yang memerlukan Hawa,
Muhammad yang mendambakan Khadijah,
Ali yang merungkai kasih Fatimah,
aku juga seperti mereka,
perlukan seorang insan bernama sahabat.
Sahabat,
hatiku gundah di saat kau tiada,
hatiku merana di saat kau merintih,
hatiku riang bukan kepalang di saat kau ketawa,
Sahabat,
Kau sabar melayani rengekanku,
mendengar luahan hatiku,
itu dan ini,
kau tidak mengeluh,
malah, kau tersenyum gembira di hadapanku,
semata-mata nilai persahabatan yang indah,
bagai Abu Bakar dan Muhammad.
Sahabat,
di saat aku bertanya padamu,
“”apa itu persahabatan?”,
tiada jawapan terbit di bibirmu,
yang sering dibasahi dengan khalimah Allah,
aku hairan,
insan yang selama ini,
sering mengajarku erti sahabat,
kini, kehilangan kata-kata,
untuk mentafsirkan persoalan,
yang meracau fikiranku.
Termenung, terpaku, terpegun,
terkesima, mahupun tergamam,
akhirnya, persoalanku terjawab,
Sahabat,
matamu menunjukkan keikhlasanmu,
menghulurkan kasih,
kerdipan matamu merungkai persoalanku di hatiku,
senyumanmu menggambarkan ketulusan,
jiwa sahabat yang engkau,
lakarkan buatku,
pelukan kasihmu yang erat itulah,
yang mentafsirkan,
1001 erti persahabatan yang paling bermakna,
Sahabat,
kau ku sayangi…
No comments:
Post a Comment